123

123
ISSUES: 2020 - NONE / 2019: 5 / 2018: 10. / 2017: 2. MORE THAN 7,777 Silver Dirham MINTED with BUYERS from ASEAN, EUROPE & OIC countries.

Friday 13 April 2018

QC DiRHAM mohon PENGESAHAN ASSAYER


( Penyerahan Dirham terbitan QC DiRHAM kepada En. Shukor yang mewakili
KL Assay Office (M) Sdn Bhd )


Pihak QC DiRHAM mengorak langkah untuk memohon pengesahan Assayer untuk dirham-dirham terbitan kami. Walaupun jarang ataupun tidak pernah dilakukan oleh pengeluar dirham lain di Malaysia, pihak kami mengambil keputusan ini untuk memastikan pelanggan menyakini koin atau syiling yang diterbitkan oleh pihak kami serta menentukan pihak-pihak yang cuba menipu umum atas nama dirham dan dinar dapat dibendung.


Justeru itu, pada hari Jumaat, 13 April 2018 (bersamaan 1439 Hijrah) perjumpaan telah diadakan di pejabat KL Assay Office Sdn Bhd untuk memaklumkan hajat kami. Di akhir perjumpaan, beberapa dirham terbitan QC DiRHAM telah diserahkan kepada wakil KL Assay Office iaitu En. Shukor untuk proses pengesahan bermula.


Dirham-dirham terbitan QC DiRHAM yang memohon pengesahan Assayer adalah seperti berikut:-
1. 1 DiRHAM PARLIMEN PERLIS - PADANG BESAR P.001;
2. 1 DiRHAM PILIHANRAYA UMUM Ke-14 (PRU14); dan,
3. 1 DiRHAM INTERNATIONAL CONVENTION of ASEAN & OIC ISLAMIC NGOs 2018.




No comments:

Post a Comment